27 Mac 2023, Tunjung Kota Bharu : Satu lawatan akademik telah diadakan ke Balai Bomba dan Penyelamat di Tunjung, Kota Bharu Kelantan. Lawatan akademik ini melibatkan seramai 43 orang pelajar Diploma Insurans dan 4 orang pensyarah pengiring. Objektif utama lawatan akademik ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada pelajar tentang langkah-langkah untuk menghadapi situasi kecemasan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam cara penggunaan alat pemadam kebakaran, mengukuhkan kemahiran pelajar tentang tugas-tugas yang dikendalikan oleh pihak bomba, mengetahui peranan unit forensik bomba dalam proses tuntutan insurans dan mempelajari tentang cara membuat tuntutan insurans harta.