29 Mac 2023 : YBrs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah hadir Majlis Berbuka Puasa dan Mesyuarat Alumni PKB bertempat di Al-Khatiri Restaurant, Kubang Kerian. Dalam majlis yang sama, diadakan sesi suai kenal jawatankuasa persatuan alumni PKB yang baru serta perbincangan beberapa aktiviti yang akan dilangsungkan pada tahun ini. Turut hadir bersama dalam majlis, YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik dan YBrs. En. Mohd Hisham bin Makhtar, Presiden Alumni PKB.