13 April 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung Audit Penilaian Pertama Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2022 oleh 2 orang Auditor dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan iaitu Encik Haizul Afta bin Masri,Timbalan pengarah JKKP Kelantan dan Encik Roslan Bin Ramli, Pemeriksa Kilang dan Jentera JKKP Negeri Kelantan hadir bagi menjalankan proses audit berkenaan.
 
Pihak Jawatankuasa Penganugerahan Peringkat PKB yang ditubuhkan bagi membantu kelancaran proses ini dilihat membuat persediaan rapi bagi memastikan PKB sentiasa dalam landasan yang tepat ke arah Penganugerahan ini. Sebanyak 7 kriteria yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dipenuhi pada hari ini. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh pihak Auditor JKKP untuk diambil tindakan lanjut seperti mengemaskini laporan kes kemalangan di kawasan PKB, program CSR dan inovasi yang menjurus kepada aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
 
Selepas audit peringkat pertama ini, pihak Politeknik Kota Bharu akan diaudit sekali lagi ( Audit Fizikal ) untuk melihat dokumen-dokumen berkaitan bagi melengkapkan proses pengauditan di peringkat Negeri. Sekiranya PKB melepasi markah yang telah ditetapkan, PKB akan diaudit oleh satu Jawatankuasa Khas di peringkat HQ bagi dianugerahkan Institusi Pendidikan terbaik dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2022.