7 Ogos 2023 - Telah berlangsung Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3(2), Unit Pengakap Kelana pada 4 hingga 7 Ogos 2023 di Politeknik Kota Bharu. Seramai 25 orang pemimpin pengakap dari seluruh Politeknik Malaysia telah berkhemah di PKB. Kursus ini adalah anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Jeli, Kelantan.