17 April 2023, Politeknik Kota Bharu : YBrs. Sr Haji Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Kasih Ramadan bertempat di Dewan Al – Ghazali, PKB. Sumbangan telah diserahkan kepada 100 orang pekerja sokongan yang terdiri daripada pekerja kebersihan, pengawal keselamatan dan pekerja taska PKB. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil PKB dan semua jabatan dan unit PKB. Turut hadir bersama YBrs. Pn. Hajah Zuriah binti Abdullah, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil PKB, YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua – ketua Jabatan dan Ketua – Ketua Unit. Program ini bertujuan untuk menyemai budaya memberi dan mengeratkan hubungan ukhwah antara warga PKB serta secara tidak langsung memberi kesedaran tentang sikap prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan.