17 April 2023, Politeknik Kota Bharu : YBrs. Sr Haji Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu menerima kunjungan hormat daripada Yang Setia Kolonel (PA) Mohd Adzhar Bin Mujab, Pengarah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kelantan serta 7 orang pegawai APM. Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua teraju jabatan telah bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta perancangan bagi memantapkan lagi Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) di Politeknik Kota Bharu. Turut hadir bersama YBrs. En. Saifuddin Bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik bersama 8 orang pegawai Bersekutu Politeknik Kota Bharu.