09 Mei 2023 : Sesi Audit Pematuhan ISO 9001:2015 telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Mei 2023. Sesi audit pada kali ini telah dijalankan oleh dua orang juruaudit dari pihak SIRIM iaitu Encik Muhammad Fadhlullah Bin Rahmat dan Puan Nur Hana Roshida Binti Hairudin. Kursus yang diaudit pada kali ini ialah kursus DBM10013 dan DBM20023 bagi Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) serta DEE30043 dan DET 30053 bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Proses audit pada kali ini telah berjalan dengan baik dan lancar dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat.