12 Mei 2023, Seberang Perai: Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Politeknik Kota Bharu berjaya memenangi Emas melalui Kategori MayBot Warrior dan Gangsa bagi Kategori Robosot Race.
Kontinjen daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PKB diketuai oleh Encik Mohd Faizal bin Mustapha disertai oleh 4 orang jurulatih dan 10 orang pelajar.
 
Pertandingan ini yang telah berlangsung di Politeknik Seberang Perai turut dihadiri oleh YBrs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu bagi memberi sokongan kepada semua ahli pasukan yang terlibat.