16 Mei 2023, Politeknik Kota Bharu : Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PKB telah menganjurkan satu Program Electrical Industrial Talk yang dihadiri oleh 3 wakil daripada Rohm Wako (Malaysia) Sdn. Bhd iaitu En. Mohd Aizuddin Bin Hanafi (SML QC Engineer) , Pn. Nur Iqlimma Aisyah Binti Aluwi (MPD2 Wide QC Section Head) dan Pn. Nurul Nishrin Binti Hazizi (HR Exec). Program ini merupakan salah satu KPI Jabatan di bawah program PPI (Pensyarah Pelawat Industri). Program bual bicara industri ini melibatkan 100 orang pelajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik . Program ini bertujuan mendedahkan pelajar, kepada teknologi terkini yang digunakan dalam industri (Industrial Revolution 4.0) .Selain daripada itu, ia juga mampu memberi gambaran awal kepada pelajar berkenaan situasi sebenar dalam bidang pekerjaan yang akan mereka ceburi. Perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang teknikal daripada panel yang hadir dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap teori yang dipelajari.