21 Mei 2023, Politeknik Kota Bharu : Jabatan Kejuruteraan Awam, PKB telah menganjurkan satu Program Civil Engineeing Department Industrial Talk (CEDIT 2023) yang dihadiri oleh 2 wakil panel industri. Panel Penasihat Industri bagi Program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) ialah Ir Che Sufian bin Che Hussin daripada Brickwell Engineering Sdn. Bhd. Manakala Panel Pasihat Industri bagi Program Diploma Ukur Bahan (DUB) ialah Sr Ts Azhar bin Yusof daripada Vertex Central Industries Sdn. Bhd. Program ini dianjurkan oleh jawatankuasa Corporate, Industrial Services and Employability Centre (CISEC) Jabatan Kejuruteraan awam dengan kerjasama portfolio Pensyarah Pelawat Industri (PPI).
Program dimulakan dengan mesyuarat antara Jabatan Kejuruteraan Awam dan kedua-dua panel yang membincangkan tentang struktur program, kurikulum, pencapaian pelajar dan perkembangan pelajar di industri bagi kedua-dua program DKA dan DUB. Banyak input dan komen telah dikemukakan oleh kedua-dua panel yang dapat membantu jabatan ini dalam meningkatkan kualiti urus tadbir program dan pencapaian pelajar.
 
Program ini turut diisi dengan slot bual bicara industri yang melibatkan 222 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam. Kedua-dua panel telah menyampaikan perkongsian dalam bidang masing-masing. Para pelajar juga diberi peluang untuk mengajukan soalan kepada kedua-dua panel.
Perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang teknikal daripada panel diharapkan dapat memberi gambaran awal kepada pelajar tentang situasi sebenar bidang pekerjaan yang bakal mereka ceburi selepas bergelar graduan kelak. Adalah diharapkan perkongsian itu juga dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap teori untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan nanti.