23 Mei 2023, Politeknik Kota Bharu: Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menerima lawatan Penilaian Pemeriksa Luar (External Examiner) ETAC bagi tujuan Pengiktirafan/akreditasi program-program Pengajian Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Program yang terlibat adalah Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE), Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa (DET) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP). Pemeriksa Luar adalah dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) terdiri daripada Professor Ir. Ts. Dr Muzamir Bin Isa selaku ketua panel, Assoc. Professor Ir. Ts. Dr. Mohd Nazri Bin Mohd dan Associate Professor Ts. Dr. Phaklen Ehkan.