3 & 4 Julai 2023, Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan -  Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan satu Program CSR JKE CARE JKE SHARE 2023 di Maahad Tahfiz Al Quran Ar Raudhah di Tumpat, Kelantan. Program ini melibatkan 55 orang staf dan 10 orang pelajar serta 7 penyumbang termasuk NGO. Penyumbang terdiri daripada Persatuan Orang Kota Bharu(OKB), A to Z Management Consultant, E-Mutiara, Geng Tolong Orang (GTO), SMKLians, Crystal Timur , WNN Trading, Nasi berlauk Kak Chik Tumpat, Sukarelawan Politeknik (YESS Politeknik) serta sumbangan dari warga PKB.
 
Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah membuat pendawaian semula, membaikpulih peralatan seperti power amplifier dan audio system, membekalkan peralatan seperti kipas dinding sebanyak 18 buah, kipas siling sebanyak 4 buah, 1 ekzos fan dan 1 pam air (2 kuasa kuda) lengkap dengan pendawaian serta aktiviti gotong royong turut dilaksanakan di dalam kelas, asrama pelajar, masjid dan juga kawasan sekitar Maahad. Program ini telah di rasmikan oleh Mejar Dato’ Wan Azhar Wan Yusof selaku bendahari Persatuan OKB dan CEO/founder A to Z dengan kehadiran bersama Pengerusi Yayasan Pembangunan Ummah Tuan Haji Husni, Tuan Mudir Maahad Tahfiz Al Quran Ar Raudhah Ustaz Samsudin Bin Mat Piah, Presiden GTO Puan Haslina, Pengurus Crystal Timur Pn Masliza Mat Jusoh dan program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik serta Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Kota Bharu.