6 JULAI 2023, POLITEKNIK HULU TERENGGANU: YBrs. Pn. Hajah Zuriah binti Abdullah, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil PKB mengetuai delegasi Puspanita PKB dalam Program Lawatan Penandaaras Puspanita PKB ke Politeknik Hulu Terengganu. Dalam lawatan ini, telah diadakan sesi taklimat oleh Pengerusi Puspanita PHT, YBrs. Pn. Hjh. Fatimah binti Muhamad Nawi. Turut hadir bersama, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, YBrs. Hj. Azahan bin Hj. Daud, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Hj Mohd Fikri bin Ismail serta En. Roslan bin Mamat, Ketua Jabatan Pengajian Am, PKB.
Para peserta lawatan telah diberi penerangan tentang pencapaian Puspanita PHT tahun 2023 serta perbincangan aktiviti kolaborasi antara PKB dan PHT yang akan dijalankan pada masa akan datang. Pada masa yang sama telah diadakan demo pembuatan kuih tradisional dan hiasan kek oleh team Puspanita PHT.