18 Julai 2023 - :YBrs. Ir Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Bharu telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Audit Anugerah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Peringkat Kedua) Tahun 2022 oleh Auditor Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH). Turut hadir bersama wakil daripada NCOSH, Dr. Mokhtar Zamami Bin Ranjan, Ketua Juruaudit, YBrs. Encik Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta pegawai – pegawai kanan Politeknik Kota Bharu.
Politeknik Kota Bharu telah selesai menjalani proses pengauditan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Tahun 2022. Proses audit secara keseluruhannya berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni dan teratur.