23 Julai 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung perhimpunan bulanan bagi bulan Jun dan Julai pada jam 9.30 pagi tadi. Perhimpunan pada kali ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang bertempat di Dewan Al – Ghazali, PKB. YBrs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah menyempurnakan perhimpunan bulanan ini dengan menyampaikan amanat beliau. Turut disertakan sekali ialah taklimat dan pencapaian KPI yang telah disampaikan oleh Puan Aslamaitulakma Binti Mohamad. Turut hadir bersama YBrs. Encik Che Anuzi Bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit serta warga Politeknik Kota Bharu. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada pegawai yang bersara dan pegawai yang berpindah keluar. Anugerah Pekerja Contoh Bulanan bagi staf akademik dan sokongan akademik serta Anugerah Penasihat Akademik terbaik bagi bulan Jun dan Julai 2023 turut disampaikan oleh tuan pengarah.