24 Julai 2023, Tunjong: Telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2023 yang dihadiri oleh Politeknik Kota Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM).
Para pelajar PKB yang hadir telah menyertai beberapa aktiviti yang disediakan dan antaranya Senamrobik oleh team Wellness On Wheel, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Para tetamu juga berpeluang menayksikan Flag Off Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 yang diadakan pada penghujung majlis.
Majlis ini yang bertempat di MYDIN Mall, Tunjong, Kota Bharu diadakan bagi menyemarakkan semangat merdeka serta semangat jati diri dan pada masa yang sama menyemai rasa cinta rakyat pada negara.