5 September 2023, Politeknik Kota Bharu : Sekitar sesi Karnival Kerjaya Sukses Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu. Lebih daripada 4000 orang pelajar serta melibatkan 167 orang guru sekolah menengah dan rendah daripada 54 buah sekolah hadir memeriahkan suasana karnival yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu untuk hari ini.
Karnival ini melibatkan pameran oleh 40 buah reruai yang terdiri daripada IPTA dan IPTS seluruh negara termasuk 11 buah gerai jualan.
Karnival Sukses ini anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama bersama Politeknik Kota Bharu akan berlangsung 5hb - 6hb September 2023 bagi penganjuran di Negeri Kelantan. Hampir semua sekolah menengah di seluruh negeri Kelantan telah dijemput melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Kemeriahan karnival ini ditambah lagi dengan penglibatan team PolyCC di reruai pertama di dalam Dewan Jubli Perak iaitu Politeknik Kota Bharu, Politeknik Jeli, Kolej Komuniti Pasir Mas dan Kolej Komuniti Kok Lanas dengan pelbagai aktiviti menarik.
Team Politeknik Kota Bharu juga telah mengadakan beberapa aktiviti interaktif antaranya PKB Tour, Drone Sukses Challenge 2023, Pameran Apontez PKB Skull Garage, Paintball dan juga jualan gerai keusahawanan.
Majlis perasmian akan diadakan pada 6 September 2023 oleh YBrs. Tn Haji. Mohd Zamri bin Abdul Aziz, Pengarah Pendidikan JPN Kelantan.