6 September 2023 : Sekitar sesi Majlis Penyerahan Hadiah kepada pemenang Pertandingan Drone Sukses Challenge 2023 oleh YBrs. Encik Kamal Ruzaman bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah, JPN Kelantan. Turut hadir bersama YBrs. Gs. Sr Hj Mohd Fikri Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Encik Zaidi bin Kimat, Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Kelantan, YBrs. Encik Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
Pertandingan ini merupakan anjuran Politeknik Kota Bharu bagi menambahkan kemeriahan Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Sukses yang diadakan di sini.
Pertandingan yang mendapat 20 penyertaan daripada pelajar - pelajar yang hadir ke karnival ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :
- Virtual Flight Simulation
- Autonomous Drone
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!