6 September 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung Lawatan Persediaan Program Diploma Kejuruteraan Politeknik Malaysia Bagi Tujuan Proses Akreditasi ETAC Fasa 1 Tahun 2023.
Lawatan ini diadakan 2 hari iaitu daripada 6 - 7 September 2023. Lawatan yang dihadiri oleh Encik Muhamad Syafiq bin Zainun, Penolong Pengarah Kanan dan Encik Md. Rizal bin Ramli, Penolong Pengarah Kanan, Unit Jaminan & Kualiti, Bahagian Governans & Kecemerlangan, JPPKK.
Turut hadir bersama YBrs. Gs. Sr Hj Mohd Fikri Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. Encik Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit serta pegawai – pegawai yang terlibat bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Ibnu Khaldun.