11 September 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu Ke-36 bagi sidang 1 bertempat di Dewan Jubli Perak,PKB. Majlis yang berlangsung pada pagi ini telah meraikan seramai 441 orang graduan dari Jabatan Perdagangan yang berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2022 dan dianugerahi Diploma masing-masing. YBhg. Dato Sri Haji Zainoddin Bin Azahari, Pengarah Urusan Teguh Kualiti Sdn. Bhd hadir bagi menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen PKB Ke-36 bagi Sidang 1 pada hari ini.
Turut hadir bersama meraikan Majlis Konvokesyen bagi sidang 1 iaitu YBrs. Gs. Sr Hj Mohd Fikri Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Encik Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta pegawai – pegawai kanan Politeknik Kota Bharu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan.