14 September 2023, Politeknik Kota Bharu : Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu Ke-36 bagi Sidang 4 telah disempurnakan sebentar tadi bertempat di Dewan Jubli Perak,PKB. Majlis yang berlangsung pada pagi ini telah meraikan seramai 261 orang graduan dari Jabatan Kejuruteraan Awam yang berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2022 dan dianugerahi Diploma masing-masing.
Graduan yang berjaya pada hari ini terdiri daripada graduan bidang Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Ukur Bahan. YBhg. Ts Zainab Binti Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi),Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) hadir bagi menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen PKB Ke-36 bagi Sidang 4 pada hari ini.
Turut hadir bersama meraikan Majlis Konvokesyen bagi sidang 4 iaitu YBrs. Gs. Sr Hj Mohd Fikri Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Ir Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta pegawai – pegawai kanan Politeknik Kota Bharu.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan.