14 September 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Telaga Tiub di Politeknik Kota Bharu yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Rudy Rodzilla Che Lamin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad. Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi membantu meningkatkan penyaluran sumber air bersih kepada penduduk-penduduk di kawasan sekitar Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Melalui kerjasama ini, Takaful IKHLAS telah menyumbang sebanyak RM180,500.00 kepada UKM melalui Yayasan Canselor dan Fakulti Sains dan Teknologi (UKM) bagi kerja-kerja penyelidikan geologi dan geofizik serta pembinaan telaga tiub dan sistem rawatan air di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
Turut hadir bersama YBrs. Gs. Sr Haji Mohamad Fikri Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Haji Kamaruddan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. Hj. Noor Azahan bin Othman, Mantan Pengarah Politeknik Kota Bharu, delegasi daripada Politeknik Medan, Indonesia, delegasi daripada Takaful Ikhlas dan delegasi daripada Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.