25 September 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Melayu iaitu salah satu daripada 3 aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Festival Kebudayaan dan Warisan Ke-11 (11th FESKEW). Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu pada pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Pertandingan yang berlangsung pada pagi ini telah disertai oleh 20 buah Politeknik dengan bilangan penyertaan seramai 230 orang pelajar. Pelbagai kategori anugerah turut dipertandingkan dengan hadiah yang lumayan. Setiap Kumpulan penyertaan mempersembahkan gabungan dua (2) buah tarian tradisional sama ada tarian melayu asli, zapin, inang atau joget.
Festival Kebudayaan dan Warisan ini adalah anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar , Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang berperanan penting untuk menggarap secara malar dalam bidang kesenian kebudayaan menerusi elemen improvisasi gerak dan irama serta menelusuri elemen mendidik dan menghibur secara langsung. Tema pada tahun ini ialah Seni dan Budaya Menelusuri Improvisasi Gerak dan Irama.