23 Oktober 2023, UniSZA, Kuala Terengganu : Telah diadakan lawatan penandaarasan Politeknik Kota Bharu ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tujuan persediaan pensijilan semula MQA bagi program Diploma Insurans.
Objektif lawatan bertujuan untuk pensijilan semula MQA bagi program Diploma Insurans, membantu para pensyarah menimba ilmu, selaras dengan keperluan dan kehendak MQA bagi penambahbaikan kualiti berterusan program pengajian yang dijalankan dan memberi nilai tambah kepada pelajar dalam aspek kemahiran (TVET).
Program telah disertai oleh 15 orang pensyarah Jabatan Perdagangan dan 25 orang pelajar Diploma Insurans. Turut menyertai program adalah Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Juli Suzlin Binti Mohd Jalaludin, ketua-ketua program dan barisan pensyarah daripada Jabatan Perdagangan. Rombongan disambut oleh Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Prof. Madya Dr. Mazuri Binti Abd. Ghani dan lain-lain pensyarah daripada Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).