24 Oktober 2023, Pengkalan Chepa : Telah dijalankan program lawatan akademik ke Kilang MY-Sutera Sdn Bhd, Pengkalan Chepa yang terkenal dengan pakaian seragam sekolah jenama CANGGIH. Lawatan akademik ini telah dianjurkan oleh Program Diploma Pemasaran,Jabatan Perdagangan yang disertai oleh 69 orang pelajar semester 3 dan diiringi oleh Ketua Program Pemasaran dan 3 orang pensyarah. Lawatan akademik tersebut adalah bagi memenuhi keperluan pelajar yang mengambil kursus DPM30033 Product dan DPM30043 Pricing.
En Mohd Zufpe Bin Jusoh selaku Ketua Sektor Pengilangan My-Sutera Sdn Bhd, telah memberikan penerangan yang sangat jelas dan bermanfaat tentang latar belakang syarikat. Sepanjang lawatan, En Zakaria Bin Yacob, yang merupakan Pegawai eksekutif pengeluaran telah membawa pelajar-pelajar meninjau penjalanan proses pengeluaran dan penghasilan produk.
Pihak Politeknik Kota Bharu amat berbesar hati dan berterima kasih kerana Syarikat MY-Sutera telah sudi membuka peluang dan berkongsi tentang amalan sebenar yang dilaksanakan oleh pihak industri.