24 Oktober 2023, Politeknik Kota Bharu: Telah berlangsung Program webinar Malaysian Re’s: Reinsurance and Retakaful Practice di Dewan Al-Ghazali, PKB. Program ini adalah sebuah program webinar yang bertujuan untuk memantapkan pengetahuan pelajar dalam mendalami industri Reinsurans di dalam kursus DPN50103 Reinsurance yang telah diadakan pada 24 Oktober 2023.
Objektif program bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang ilmu reinsurans dan retakaful, memberi lebih kefahaman kepada pelajar mengenai situasi sebenar Reinsurance dan Retakaful yang terkini di dalam industri selain dari mempelajari teori di dalam kelas, membina disiplin diri, keyakinan diri dan bertanggungjawab terhadap tugas dan peraturan serta mengukuhkan asas pengetahuan tentang reinsurans dan retakaful dalam industri TVET.
Program diketuai oleh Puan Siti Hajar Binti Muhd Ariff, pensyarah Diploma Insurans Jabatan Perdagangan dan disertai oleh 61 orang pelajar Diploma Insurans. Sesi Webinar telah diberikan oleh Encik Mohammad Nizam Yahya, Senior Vice President & Head of Malaysian Re Retakaful Division dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Juli Suzlin Binti Mohd Jalaludin.