25 Oktober 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung Kursus Penyediaan Dokumen Tender anjuran bersama PPI JKA dan Projek Akhir Ukur Bahan telah berlangsung di Dewan Al Gazali, Politeknik Kota Bharu melibatkan pensyarah dan pelajar semester 3,4 & 5 bagi Program Diploma Ukur Bahan.
Penceramah jemputan untuk program ini ialah Sr Mohamed Abd Naim bin Mohamed Nawi,Jurukur Bahan dari Bahagian Kontrak & Ukur Bahan JKR Negeri Kelantan.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar tentang prosedur-prosedur yang terlibat dalam penyediaan Dokumen Tender dan pekeliling terkini dalam industri pembinaan.