22 November 2023, Padang, Indonesia : Pasukan dari unit Centre for Research and Innovation (CRI) Politeknik Kota Bharu yang diketuai oleh Ketua Unit Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah bin Raja Hussin dan disertai oleh penyelaras-penyelaras telah mengadakan program lawatan kolaborasi ke Pusat Penelitian dan Pengabdian Politeknik Negeri Padang, Indonesia. Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 22 hingga 23 November 2023.
Objektif utama program ini adalah untuk membuat jaringan kolaborasi yang berfokuskan kepada bidang penyelidikan, inovasi dan Corporate Social Responsibility (CSR). Antara aktiviti semasa lawatan ini adalah dialog dan perbincangan mengenai projek penyelidikan dan inovasi, program CSR, kerjasama dalam penganjuran persidangan, seminar dan pertandingan serta lawatan di sekitar kampus Politeknik Negeri Padang, termasuk makmal dan bengkel.
Selain itu, peserta CRI PKB juga sempat mengadakan sesi temuramah dengan pelajar-pelajar Politeknik Negeri Padang.
Secara keseluruhannya, program ini merupakan satu kejayaan kerana telah menggalakkan usaha pengantarabangsaan dalam bidang TVET, terutamanya dalam penyelidikan dan inovasi.