23 November 2023, Politeknik Kota Bharu : Sambutan Bulan Integriti dan dan Solidariti Palestin peringkat PKB telah mewarnai Perhimpunan Bulanan PKB bagi bulan Oktober dan November 2023. Perhimpunan yang berlangsung di Dewan Al – Ghazali telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Sr Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu. Melalui ucapan Tuan Pengarah menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan PKB agar menjauhi rasuah dan mengamalkan sikap Integriti Penjawat Awam dalam berkhidmat. Turut diadakan bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh semua yang hadir.
Diikuti dengan Solidariti Palestin yang dimulai dengan makluman oleh Tuan Pengarah berkenaan jumlah Tabung Palestin oleh PKB yang berjaya dikumpulkan iaitu lebih daripada RM11, 000.00 dan persembahan khas Palestin daripada pelajar yang amat menyentuh emosi. Selain daripada itu turut diadakan juga Taklimat e- Learning, Taklimat PolyCCGo, Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan, Majlis Penyampaian Anugerah EKSA, Majlis Penyerahan Hadiah kepada semua pemenang bagi Karnival Sukan Antara Staf PKB serta Gimik Penyerahan Mock Cek kepada semua pemenang Pertandingan Kembara Bijak Wang HSBC – AKPKK – JPPKK.