22 NOVEMBER 2023, Politeknik Kota Bharu : YBrs. Gs. Sr Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah menyempurnakan Majlis Pembukaan International Students Exchange: Summer Camp Program With Prasan Withaya Foundation School, Thailand yang telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, PKB. Program ini yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajiam Am melibatkan peserta daripada delegasi daripada Prasan Withaya Foundation School daripada Negara Thailand dan pelbagai aktiviti diadakan antaranya lawatan ke bengkel – bengkel di sekitar kampus PKB, aktiviti dalam kumpulan dan aktiviti permainan dalam Bahasa Inggeris.
Turut hadir bersama YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. Encik Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Roslan bin Mamat, Ketua Jabatan Pengajian Am serta pegawai – pegawai daripada Jabatan Pengajian Am.