21 November 2023, Kuala Lumpur : Politeknik Kota Bharu berjaya merangkul tempat Juara dan Naib Juara dalam Pertandingan Peringkat Akhir Kembara Bijak Wang HSBC – AKPKK – JPPKK yang telah berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur pada 20 - 21 November 2023. Peserta daripada Politeknik Kota Bharu iaitu Kumpulan The Inquisitive Minds telah berjaya mendapat Juara manakala Kumpulan Lagenda Budak Poli pula Naib Juara serta Kumpulan Euphoria mendapat saguhati. Penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Unit Keusahawanan PKB serta semua peserta Keusahawanan Zon Kelantan & Terengganu daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Politeknik Kota Bharu. Together we make PKB no.1!
Untuk makluman, Pertandingan Kembara Bijak Wang HSBC-AKPK-JPPKK terdiri daripada 2 fasa, bermula pada 7hb September 2023 telah diadakan satu taklimat selama 3 jam bertempat di Politeknik Jeli, Kelantan yang melibatkan seramai 300 pelajar dan hasil daripada taklimat tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki menjalani sesi pembelajaran gamifikasi selama 3 minggu dan daripada sesi pembelajaran gamifikasi tersebut mereka telah disaring dan dipilih sebagai antara 50 kumpulan terbaik. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar.
Pada 9hb Oktober 2023, 5 kumpulan pelajar daripada PKB telah berjaya memasuki pertandingan peringkat akhir program Kembara Bijak Wang (KBW 2023) yang terdiri daripada kumpulan Lagenda (PKB), Euphoria (PKB), The Inquisitive Minds (PKB), Misi 5K (PKB) dan Money Hunters (PKB). Seramai 250 orang pelajar yang berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan iaitu sebanyak 50 kumpulan dan daripada 50 kumpulan tersebut 3 kumpulan PKB berjaya iaitu berjaya merebut tempat Juara, Naib Juara dan satu kumpulan lagi dapat saguhati.