02 November 2023,Politeknik Kota Bharu: Telah berlangsung Kursus Let’S CANVA di Makmal Komputer GCL1, Politeknik Kota Bharu. Kursus ini merupakan program yang dijalankan khusus kepada pelajar yang mengambil Kursus Digital Entrepreneurship(DPU33013) yang terdiri dari 50 orang pelajar yang terpilih dari Program Pengajian Perniagaan dan Program Pemasaran.
Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan industri iaitu Pengurus syarikat Awan Dhuha Solutions, En. Wan Mohd Azizul Solehin bin W Mohd Yusoff serta dibantu bersama oleh 2 orang fasilitator jemputan.
Kursus ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan serta perkongsian kepakaran kepada pelajar berkaitan pengetahuan dan penguasaan kemahiran pengaplikasian teknologi berteraskan rekaan grafik digital dalam konteks pemasaran, promosi dan kelestarian pelaksanaan aktiviti perniagaan secara dalam talian pada masa kini.