6 Disember 2023, Politeknik Kota Bharu : Pameran Inovasi Pelajar PKB (INNOTEX) raikan kreativiti 120 peserta pelajar daripada semua jabatan. Program yang diadakan setiap tahun ini adalah program yang dianjurkan pada setiap semester oleh CRI yang melibatkan pelajar semester 5 untuk mempamerkan inovasi hasil dari projek tahun akhir mereka, dan dinilai oleh penilai yang terdiri daripada kalangan pensyarah serta wakil industri. Sasaran utama program ini adalah untuk melahirkan graduan holistik daripada Politeknik Kota Bharu khasnya seiring dengan kurikulum pengajian yang dibina selari dengan matlamat berkenaan.
YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik telah hadir dan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Pameran Inovasi Pelajar PKB (INNOTEX) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, PKB. Turut hadir bersama YBrs. En. Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Saupi bin Mohamed Noor,Ketua Unit CRI dan pegawai – pegawai kanan PKB.