5 Disember 2023, Manila, Filipina : Politeknik Kota Bharu antara yang hadir mewakili Institusi TVET Malaysia yang berlangsung di Manila, Filipina. Wakil dari PKB iaitu YM. Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah Bin Raja Hussin telah membentangkan kertas kerja tentang amalan-amalan terbaik PKB bertajuk ’The Application of Digital Technologies in Politeknik Kota Bharu’.
Mesyuarat Association of APACC Accreditees atau AAA yang dihadiri oleh wakil institusi daripada 15 buah negara Asia Pasifik telah berlangsung di Manila, Filipina pada 4-5 Disember 2023. Mesyuarat ini adalah perjumpaan setiap 2 tahun sekali di antara institusi-institusi TVET yang telah diaudit dan dianugerahi Akreditasi APACC atau Asia Pacific Accreditation and Certification Commission oleh Colombo Plan Staff College yang berpusat di Manila, Filipina.
Mesyuarat kali ke-4 ini telah berlangsung sempena TVET International Conference serta sambutan 50 tahun penubuhan CPSC yang turut dihadiri oleh beberapa orang duta dari pelbagai negara Asia Pasifik seperti Papua New Guinea, India, Bangladesh dan Nepal termasuk Duta Besar Malaysia ke Filipina.
Institusi TVET Malaysia telah diwakili oleh peserta dari JPPKK, PUO PPD, PKB, KKTM Masjid Tanah dan CIAST. Setiap peserta dari negara-negara yang hadir telah membentangkan amalan-amalan terbaik (best practices) dari institusi TVET masing-masing.