12 Disember 2023,Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Dewan Jubli Perak, PKB. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai kejayaan dan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik mahupun kokurikulam.
Penganjuran majlis penganugerahan seperti ini juga dapat meningkatkan motivasi para pelajar dalam meningkatkan usaha bagi mencapai kecemerlangan yang seterusnya.
Beberapa kategori anugerah telah disampaikan di dalam majlis pada kali ini, antaranya penyampaian Anugerah Karnival Sukan, Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik 2023 serta penyampaian Piala Pusingan Pengarah PKB. Jabatan Perdagangan telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Piala Pusingan Pengarah PKB 2023.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Gs Sr. Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu.Turut hadir bersama YBrs. En. Che Anuzi Bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit serta pegawai-pegawai kanan Politeknik Kota Bharu. Diharapkan dengan penganjuran majlis anugerah seperti ini akan dapat mendorong persaingan sihat di kalangan pelajar untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi dan unggul.