17 Disember 2023, Politeknik Kota Bharu : Majlis menandatangani  Sijil Kolaborasi Strategik antara Politeknik Kota Bharu (PKB) dan Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia Cawangan Pantai Timur (RISM CPT). Kolaborasi Strategik telah ditandatangani oleh Tuan Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Gs. Sr Haji Mohd Fikri Bin Ismail dan YBrs. Sr Haji Mohamad Azlan Bin Abdul Kadir, selaku Pengerusi Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia Cawangan Pantai Timur (RISM CPT). Majlis ini juga telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. Ir Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, YBrs. En Che Anuzi Bin Yusoff dan semua Ketua Jabatan serta AJK RISM cawangan Pantai Timur.
 
Kerjasama strategik ini merangkumi :
• Perkongsian pengetahuan, pengalaman dan teknologi terkini antara kedua-dua pihak melalui penglibatan dalam seminar atau aktiviti-aktiviti akademik yang dijalankan;
• Menggalakkan tenaga sumber manusia iaitu staf dan pelajar untuk mendapatkan pengalaman secara praktikal dalam bidang yang berkaitan dengan bidang pengurusan dan ukur;
• Kerjasama dalam perkongsian dan pemindahan kepakaran, idea kreativiti, penyelidikan dan inovasi antara kedua-dua pihak;
• Menjalankan kerjasama yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan persefahaman ini tidak akan memberikan apa-apa impak kewangan oleh mana-mana pihak.