19 Disember 2023, Politeknik Kota Bharu: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Tahfiz Masjid Mukim Pangkal Meleret, Machang dan daripada Sekolah Kebangsaan Pangkal Meleret, Machang. Seramai 40 orang pelajar yang berumur antara 7 tahun hingga 12 tahun dan diiringi bersama 3 orang guru daripada Tahfiz Masjid Mukim Kg Pangkal Meleret. Lawatan pelajar ini adalah salah satu daripada pengisian kem Anak-Anak Al-Kahfi bermula 19-21 Disember 2023.
Politeknik Kota Bharu menjadi sasaran utama kem tersebut kerana ingin mendedahkan pelajar-pelajar berkaitan dengan ilmu teknologi terkini yang melibatkan robotik dan dron. Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu telah menyediakan beberapa program semasa sesi lawatan tersebut. Antara program yang dianjurkan adalah pelajar telah diberi penerangan dan demonstrasi berkaitan sistem pendawaian domestik yang dilaksanakan di Bengkel Pendawaian 2 yang dikendalikan oleh dua orang pensyarah JKE, En. Azizi dan Pn. Norhayati. Seterusnya pelajar didedahkan dengan sesi demonstrasi aturcara kendalian robot yang diuruskan oleh pasukan Unit Projek JKE yang diketuai oleh En. Nik Hishamuddin. Pengurus Acara Dron yang dipimpin oleh En.Mohd.Zulkafli Bin Mohamed (JKM) dan Muzimah Aida Binti Md Mustafa (JSKK) juga telah memberi penerangan dan demonstrasi berkaitan dengan kendalian dron dan kelebihan dron kepada masyarakat dizaman teknologi ini.