10 Januari 2024 (Rabu)- Yang Berusaha Gs. Sr Hj. Mohd. Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu bersama Timbalan Pengarah Akademik (TPA PKB) dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA PKB) turut meluangkan masa menyertai Bengkel Kecergasan Sukan Tenpin Bowling Siri 1/2024 sekaligus memeriahkan mini kejohanan dalam bengkel anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK PKB) ini bersama 79 orang peserta daripada kalangan staf Politeknik Kota Bharu. YBrs Tuan Pengarah turut menyempurnakan Majlis Perasmian bengkel ini seterusnya menyampaikan cenderahati kepada para peserta yang beroleh kejayaan dalam mini kejohanan tersebut. Pemain terbaik lelaki diungguli oleh Pegawai Belia dan Sukan PKB, Encik Wan Rozaimie Bin Wan Mamat dengan jatuhan pin 258 dan bagi kategori Wanita diraih oleh Ketua Unit Perpustakaan PKB, Puan Aniza Eryani Binti Mohamad dengan jatuhan pin 270. Bengkel ini telah berjaya memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah bermain bowling dan mencungkil bakat-bakat baru staf bagi persediaan mewakili kejohanan-kejohanan staf di pelbagai peringkat. Semua peserta dapat menamatkan bengkel dengan jayanya di samping menampilkan kerjasama padu serta semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah.