12 Januari 2024, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung Majlis Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi tahun 2024 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.
Majlis ini turut disertai oleh semua pengurusan tertinggi PKB yang disiarkan secara langsung dari Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun, PKB.
Turut hadir bersama di dalam majlis ini YBrs. Gs. Sr Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu,YBrs. Ir Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Che Anuzi Bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua unit Politeknik Kota Bharu.