14 Januari 2024, Politeknik Kota Bharu: PKB telah menerima kunjungan hormat dari delegasi UNIMAP yang diketuai oleh Dr. Shahriman Bin Abu Bakar, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal bersama 10 orang pegawai. Kesemua delegasi ini telah disambut mesra oleh YBrs. Gs. Sr Haji Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Ir Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Che Anuzi Bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua unit Politeknik Kota Bharu. Kunjungan ini adalah bertujuan bagi mempromosi pengambilan pelajar bagi kemasukan Mac dan Oktober 2024 ke UNIMAP. Selain itu, jalinan ini diharap dapat membina kerangka hubungan industri serta kerjasama jangka pendek, sederhana dan panjang diantara UNIMAP dan PKB. Tuan Pengarah mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak UNIMAP dalam menjalin hubungan bersama pihak Politeknik Kota Bharu. Semoga dengan Kerjasama ini dapat membina kolaborasi diantara kedua-dua institusi.