21 Julai 2024 - RELASIS PKB melakar kejayaan dalam acara pertandingan memanah (Archery) Skuad Muda RELA Siri 3/2024 Negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Negeri Kelantan) di Min House Camp, Kubang Kerian. Seramai 10 orang pelajar dan 2 orang Pegawai Bersekutu RELASIS PKB telah turut sama menyertai program ini yang juga sebahagian daripada wakil RELA Daerah Kota Bharu. Program kali ini adalah berkonsepkan riadah rekreasi di mana RELASIS PKB dan anggota RELA dari setiap daerah di Negeri Kelantan berpeluang menyertai acara kayak, memanah dan mencari lokan. Para peserta juga berpeluang mengenal dan mempelajari warisan peralatan tradisional Melayu seperti alat pengisar tradisional, peralatan memasak dapur kayu, tumbuhan dan akar kayu yang boleh dijadikan ubat tradisional sesuai dengan lokasi program yang berkonsepkan tradisional. Program ini berjaya menyatukan ahli RELA sekaligus memberi pendedahan RELASIS PKB untuk menimba pengalaman sama ada dalam rekreasi dan juga warisan melayu yang banyak pupus ditelan zaman.
 
JOHAN ACARA ARCHERY (RELASIS PKB mewakili RELA Daerah Kota Bharu)
1.RELASISWA MOHAMAD SHAHRUL ZAAIM BIN MOHD AZAM
2.RELASISWA AHMAD HASIF BIN MOHD RUHAIDDIN
3. RELASISWI NUR ATHIRAH AISYAH BINTI MOHD RIDZUAN
4.RELASISWI IFFA SYARINIE BINTI ABD AZIZ
 
RELASIS PKB yang mewakili PKB dan RELA DAERAH KOTA BHARU Pegawai:
1.PgR(Bersekutu) MUZIMAH AIDA BINTI MD MUSTAFA
2.PgR (Bersekutu) MOHD.ZULKAFLI BIN MOHAMED
 
Pelajar Relasiswa Relasiswi:
1. TUAN KHAIRUL SYAZWAN BIN TUAN KAMARUL AZMAN
2. MOHAMAD AZREEY AKIEMIE BIN SUHAILEE
3. KHAIRUL AMINUL AMIR BIN AHMAD
4. ANIS ZULAIKHA BINTI MOHD RUSLIM
5. FATIN NASUHA BINTI LOOD
6. AHMAD HASIF BIN MOHD RUHAIDDIN
7. NUR ATHIRAH AISYAH BINTI MOHD RIDZUAN
8. NUR AFIQAH BINTI SHAMSUDDIN
9. MOHAMAD SHAHRUL ZAAIM BIN MOHD AZAM
10. IFFA SYARINIE BINTI ABD AZIZ