Oktober 2015 - Puan Hasnah binti Deraman dilahirkan pada 18.10.1959 di Kg. Padang Lembek, Ketereh. Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutrengkas di Jabatan Imigeresen Malaysia, K.Lumpur pada 05.10.1982. Beliau telah berkhidmat di beberapa jabatan seperti Kementerian Kebajikan Masyarakat, Kuala Lumpur, Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Kota Bharu dan akhir sekali di Politeknik Kota Bharu mulai 1.4.1997 sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). Atas kecemerlangan tugas yang telah ditunjukkan, beliau telah dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau telah dinaikan pangkat sebagai Setiausaha Pejabat pada 01.01.2011. Semoga beliau terus Berjaya dimasa-masa akan datang. Jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada jabatan amat-amat dihargai. Terima kasih. Jasamu dikenang.