23 April 2024 - Politeknik Kota Bharu (PKB) sekali lagi mencipta nama di pentas antarabangsa apabila Avineesh A/l Subramaniam telah muncul tempat ketiga dalam pertandingan FIF International Imperial Cup 2024 bagi acara Men's bodybuilding international,
Tempat pertama dimenangi oleh Thailand, naib johan ialah Sri Lanka, manakala bagi kategori Men's classic physique pula beliau terpaksa berpuashati di tempat ke empat, setelah tewas kepada Thailand dan Indonesia. Beliau merupakan pelajar Diploma Pengajian Perniagaan semester 5, Jabatan Perdagangan.
 
Dalam pada itu Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, berkata "beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan sekaligus mengharumkan nama PKB secara khususnya malah PolyCC Malaysia amnya.
Kejayaan ini menunjukkan sistem PolyCC bukan sahaja memberi penekanan kepada TVET malah seiring juga dalam bidang ko-kurikulum" ujarnya. Kejohanan FIF Imperial cup 2024 telah diadakan di 1 Tampines walk, Singapura pada 21 April 2024.