22 Februari 2023 : Telah berlangsung sesi pemeriksaan tahunan senjata Marker Paintball siri 1/2023 oleh Bahagian Perlesenan IPK Kota Bharu bertempat di Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, PKB. Urusetia yang menyelaras badan Sukan ini dikenali dengan nama Kelab Paintball Gerak Gempurwira Politeknik Kota Bharu atau ringkasnya disebut sebagai KP2GWPKB di dalam Perlembagaan ini dibawah Seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997. Kelab Paintball Gerak Gempur Wira PKB merupakan salah satu kelab bawah JSKK yang telah mendapat penarafan bintang oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2021.