30 April 2024, Politeknik Kota Bharu: Seramai 56 orang pelajar DAT4A &DAT4B dari Jabatan Perdagangan PKB bersama dua orang pensyarah pengiring iaitu Puan Zuraini Abdul Hadi & Puan Muzirawati Md Mustafa, telah mengadakan lawatan akademik ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kota Bharu Kelantan. Lawatan ini bertujuan untuk menambah dan memantapkan pengetahuan pelajar berkaitan percukaian individu bagi pelajar Diploma Akauntansi (DAT) yang mengambil kursus DPA40133 Malaysian Taxation 1. Rombongan lawatan telah disambut mesra oleh En. Abdul Latif bin Md Yusof, Pengarah Operasi Negeri (Khidmat Pelanggan) LHDN dan Puan Norazida Irani, Pegawai Khidmat Pelanggan LHDN. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang program berlangsung iaitu sesi ceramah Kenali Hasil & Kerjaya, isu-isu semasa percukaian dan pengiraan cukai individu yang disampaikan oleh pegawai LHDN. Selain itu para peserta juga terlibat dengan aktviti games cukai melalui kahoot. Para pemenang telah menerima hadiah dari pihak LHDN. Program ini telah memberi banyak manfaat kepada para pelajar. Para pelajar mendapat pendedahan situasi sebenar percukaian, meningkatkan kemahiran komunikasi, semangat kerjasama dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri.