29 April 2024, Politeknik Kota Bharu: Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Tuan Haji Kamaludin bin Daud telah mengadakan lawatan ke Politeknik Kota Bharu pada 29 April 2024.
 
Antara lain fokus utama lawatan ini ialah pemurnian verifikasi aset asrama dibawah projek PFI. Selain daripada itu, beliau juga turut mengadakan perjumpaan bersama dengan Pengarah Politeknik Kota Bharu Gs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Timbalan Pengarah Akademik Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik En. Che Anuzi bin Yusoff, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit.
Pelbagai isu- isu pendidikan telah dibincangkan antaranya berkaitan pengambilan pelajar, kebajikan, kesihatan, keharmonian, keberkatan, serta kemudahan infrastruktur. Aspek aduan melalui SISPA juga turut disentuh dalam perbincangan kali ini. Akhir kata beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian yang telah dikecapi oleh PKB selama ini dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa akan datang.