9 Mei 2024, Politeknik Kota Bharu: Telah berlangsung program Perhimpunan Bulanan dan Mahabbah Madani PKB 2024. Program ini adalah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Politeknik Kota Bharu yang dianjurkan oleh Persatuan Kakitangan Politeknik Kota Bharu (PKPKB) khusus buat semua warga PKB.
Turut hadir memeriahkan majlis Tn. Haji Kamaludin Bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti sekitar Kelantan, Tn. Haji Noor Azhan Bin Othman, Mantan Pengarah Politeknik Kota Bharu serta tetamu-tetamu jemputan.
Majlis telah dimulai dengan majlis perhimpunan bulanan bagi bulan April dan Mei yang dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pengajian Am. Turut disampaikan anugerah pekerja contoh, anugerah penasihat akademik serta cenderahati kepada pegawai-pegawai yang telah bersara.