26 Jun 2024, Taman Wadi Iman, Kok Lanas : YBrs. Tn. Haji Kaswadi bin Abd. Ghani selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu merasmikan program CSR EKSA JKE yang berlangsung di Masjid Taman Wadi Iman, Kok Lanas pada 26hb Jun 2024. Menurut Pengarah Program CSR EKSA JKE, En. Mohd Noor Ismail, objektif utama program ini diadakan ialah untuk memupuk semangat kerjasama diantara staf JKE dan masyarakat setempat. Selain itu juga penerapan nilai-nilai amalan EKSA turut dilaksanakan di Masjid Wadi Iman ini. Kerja-kerja yang dilakukan selari dengan Amalan 5S seperti sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah menyapu sawang, membersih kawasan masjid termasuk tandas, menyusun kitab dan sejadah serta melabel lampu, kipas dan tandas.
Sumber kewangan bagi menjayakan program ini adalah kutipan sumbangan daripada staff-staff JKE. Sumbangan yang disediakan adalah berupa langsir, rak buku, rak kain sembahyang, bahan pencuci dan kelengkapan tandas serta kelengkapan masjid seperti kain sembahyang dan sejadah. Turut hadir ialah ketua-ketua program JKE dan ahli jawatankuasa Masjid Taman Wadi Iman.