4 Julai 2024, Politeknik Kota Bharu : Satu Program Bekwoh Mahabbah Madani PKB 2024 anjuran persatuan kakitangan PKPKB telah diadakan khusus buat seluruh warga PKB. Program ini bertujuan untuk meraikan beberapa orang staf baru yang baru melapor diri di PKB. Disamping itu juga, program ini secara langsung dapat memupuk semangat kerjasama antara staf dengan bergotong-royong dalam menyediakan menu bagi program tersebut. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara seluruh kakitangan Politeknik Kota Bharu.