19 Ogos 2024 : Suasana sekitar sidang kedua Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Bharu Ke-37 dan Kolej Komuniti Kelantan yang disempurnakan oleh YBrs. Pn. Hilmun Binti Mohamed, Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, JPPKK telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.
Seramai 305 graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) berjaya dianugerahkan Diploma Kejuruteraan Elektrik dalam pelbagai bidang pengkhususan.
Hadir dalam majlis ini Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Mohd Fikri Bin Ismail, Timbalan Pengarah Akademik, Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Encik Che Anuzi Bin Yusoff. Hadir bersama pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Kelantan, wakil-wakil industri, dan tetamu jemputan.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan.